29 January 2012

GAY?!

GAY?! Ok.. Semua tahu gay tu apa kan..? Ala.. Yang lelaki dengan lelaki tu... Hah! Actuallykan,,, gay tu ada lagi satu maksud... Maksud kedua bagi gay ialah gembira.. Happy... Huh? Mesti korang pelikkan...? Yelah.. Cuba korang buat ayat bahasa inggeris guna perkataan gay... Contohnya macam nie..:
" I feel so GAY. " 
or
" I'm too GAY. "
ooorr
" Fahmi crying of GAYING. " ( sori Fahmi.. Guna nama kau..)
Hahahaha!!  Mesti korang rasa lawak an? Tapi itulah kenyataannya...! Hahahaha! Actually, kte dapat tahu benda dari Danial mula-mula.. Dia kata gay adalah gembira.. Tapi kte rasa was-was ar.. Tak percaya sangatlah... Then, bila kte cakap kat Amy, dia kata memang tu BETUL!! Pergh! Memang tak boleh caya mula-mula ar...

25 January 2012

Dubai~~

Ok.. Mesti korang tertanya-tanya apa lah kisah tajuk kali nie... Or maybe not? I dont know... Well, I shall begin the story now... Once upon a time, there's a girl living at Cyberjaya.. Ceh! Cerita bohong tu... Oklah,, oklah... Kte cerita nie... Janganlah marah... Ketawa boleh.. :) Ok.. Tarik nafas.. Hembus... Tarik nafas... Hembus... Huuu!

Hari Isnin lepas, pada 23 hari bulan Januari tahun 2012, ayah kte balik from Dubai... My father have been at Dubai for 2 months. For a training or program berkaitan dengan masakan. Well, that's because my father is a chef. So, that day, my mother, brother, aunt and I went to airport to greet my father. Then, we go home... Have a chit chat through the way to go home.

At home, have a chit chat again about the Dubai and how my father been there. Well after that, my brother and I digging 3 bag that my father brought. We found books, perfumes, puzzle and other souvenirs... It's interesting you know. The books, perfumes and others are all cheap at Dubai, but at Malaysia its expensive. I got 4 books, 2 perfumes. I'm sure you all are jealous. Awww...! Don't be jealous..! ;)

My father told us that Dubai was cold like they have aircond everywhere. Though there's still have sun! Been there like been at Cameron Highlands. And my father said its wonderful being there. Then, we watched some photos that my father took. Two word to describe: Wonderful & Beautiful! The building, the scenery are all beautiful and wonderful! Oooh! I don't know what to describe it more! Its just... Well,, I dont know... We have been watched the photos until 1 o'clock. The next day morning!

MY! I wish I can go there too! I'm jealous! Very jealous! Soooo jealous! Ok. That's all for now! And I know that you all are jealous right now..!  :)

P/S: I start with Malay. And I end with English. Weird eh? No? Ouh ok. Sorry if there have any grammar mistake. (probably)

19 January 2012

Blog baru!!!

Ok! Nie blog baru kte... Dibuat oleh Dania! Sejuta penghargaan kepada Dania sebab buat blog nie... So, mulai hari nie kte akan guna blog nie...Rajin-rajin lah tengok blog terbaru nie ye...

Hmm... Apa nak cakap lagi ek? Tak de topik baru ar nak cakap...

Banyak Cerita Harini

Ok... Hari nie banyak kisah sikit.. Sikit je kot... 1st story is like this...

Masa Sains cikgu tak datang... So, 1 masa nie kte orang borak-borak lah kan... Masuk masa kedua, Cikgu Mahani yang relief... Then, cikgu minta lah tolong budak lelaki ambilkan projek-projek Geo tahun lepas untuk masukkan kat dalam bakal kelas Geo.. Budak laki gi ambil, budak perempuan pergi ikut cikgu gi kelas 3c1 dulu... Kelas tu kosong tau.. Ada ar beberapa meja je... Then, cikgu gi ambil kunci... Sebelum tu, cikgu dah kata kte orang kena angkat meja & kerusi... Pergh! Memang kte orang bantah gila-gila ar... Ceh! tak de ar gila sangat... But, disebabkan kte orang nie baik, cikgu pun baik, kte orang tolong lah... PERGH!! Memang penat gila ar angkat!! Dahlah masa tu kte pakai baju kurung.. Kte orang kena angkat meja & kerusi dari tingkat 4 turun ke tingkat 3... & cikgu nak 55 buah meja tu! Turun naik, turun naik... Haih.. Menyesal lak tak pakai baju sukan hari nie.

2nd story, masa Geo lak... Setengah dari waktu pertama Geo kte orang sembang-sembang lah kan... Then, Dania, dia minta tolong Syamiel untuk hantar dia balik dari sekolah... Syamiel tanya ar dia ikut laluan mana... Dania kata dia laluan kat Tasik Cyber tu... Syamiel kata dia tak ikut laluan situ.. Syamiel tanya sama ada kte lalu laluan tu ke tak.. Of course lah kte kata tak... Then, bermulalah episod di mana Dania nak tunjuk kat jalan untuk gi rumah dia... Gila pening ar kte orang ikut direction dia nie.. ( Kte orang: Lyana, Kte, Syamiel, Syahrizal, Fahmi..) Sampai kan Fahmi pun dah mula mencarut... Hampir 1 jam lah jugak kte orang tunjukkan map Cyber nie macam mana... Nak ikut map Dania untuk gi rumah dia memang tak leh pakai langsung...! Lagi buat kte orang pening adalah..! Then, yang kelakar nya, Dania kata jalan nak gi Putrajaya adalah jalan nak Dengkil... Mengarut kan? Sampai masa rehat pun tak habis lagi... 'To be continue' lagi Dania cakap.... Haih... Memang kelakar ar bila ingat balik episod nie..

Hmm.. I think sampai sini jelah ceritanya.. Nie pun dah cukup panjang..

Kumpulan dengan ........

Ok... Kte tak tahu nak tulis apa sekarang nie... First, datang sekolah, ada perhimpunan... Then, BM... Hah! Yang nie yang payah nie!! Bm hari nie belajar komsas... Then, cuti tahun baru cina nie, cikgu bagi kerja.... Buat antologi komsas 'Gema Sepi Gadis Genius',, cikgu bahagi-bahagikan... Yang pantun, sajak,syair, cerpen buat sorang-sorang... Prosa tradisional & drama buat berkumpulan...

Cuba teka kte kumpulan dengan siapa? Kumpulan dengan Syamiel!! Huaarrgghh!! Dapat kumpulan dengan dia lak...!! Aduyai....! Malas betul... Dia buat perbentangan, kte buat powerpoint.. Ok lah tu kan.. Tak yah cakap kat depan-depan orang kan..? Best gak...

Oh ya! Fahmi & Syamiel ada lah cakap sesuatu tentang kte kena partner dengan Syamiel... Nie hah perbualan dia orang yang dia orang cakap:

Fahmi: Kalau aku kumpulan dengan Nadiah, kan? Aku terjun bangunan...
Syamiel: Ha'ah.. Tulah.. Aku memang nak terjun tadi, tapi Shavvin tarik baju aku pulak... Tu yang tak jadi nak terjun tu...
 Tu jelah kot.. Nothing special... But, Syamiel hari nie selalu sangat cakap 'Babun'... Dia cakap 'Babun' tu dan kaitkan dengan nama orang lain... Dan dia orang mesti terasa.. haih.. Kenapalah nak terasa kalau benda tu tak betul...? Tergelak je kte tengok dia orang nie... Hahahaha!

Tak Jadi Mengecat ..

Hari nie sepatutnya ada mengecat tapi tak jadi pulak... Aduyai... Kenapa lah cikgu tak cakap awal-awal...? Buat penat je bawak baju & selipar hari nie... Haih.... Dahlah pagi tadi kena tolong Aiza bawak tong cat yang berat tu... Berat gila lah tong catu tu..! Serik nak bawak lagi...!

Then, masa Math Cikgu Prem umumkan yang kteorang kena batalkan program mengecat kelas lak... Cikgu kata cikgu kena minta kebenaran dari pengetua dulu... Actually, adalah beberapa masalah yang dikemukan tapi tak kanlah nak cerita secara detail kan... Malas kte nak cerita secara detail... Ok, back to the topic,, cikgu nak minta kebenaran dulu sebab mungkin pengetua tak bagi ke.. & pengetua nie jenis lepas sesi persekolahan tak kan ada seorang pelajar pun ada kat sekolah... Jadi, cikgu takutlah pengetua marah sebab masih ada pelajar lepas sesi persekolahan. Tapi, kteorang dulu, main belasah je cat kelas lepas sesi persekolahan... Hehe..

& pagi nie Cikgu Prem pergi lah nak minta kebenaran kat pengetua but then, pengetua keluar awal lak... Mungkin ada hal penting kot...So, program mengecat kelas nie dibatalkan... Haih.. Apa punya malang lah... -.-'

KOKO

Well, hari ini seperti biasa.. Ada perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin.. Pengumuman... Bla3.. Masuk kelas.. Letak beg.. Pergi bengkel...Hah! Masa KHB nie,, sedikit interesting.. Macam nie adalah pengumuman tentang pelajar baru tunggu kat Dataran Penyayang selepas perhimpunan.. Masa KHB, Allya teringatlah yang Dania nie pelajar baru... & kteorang pun baru teringat yang dia tahu ke bengkel mana kteorang pergi.. So, Cikgu Azizah suruhlah seorang pergi bagitau dia.. Kte ingat kte nak pergilah bagitau,, tapi Siti dah pergi dulu.. Laju batul dia nak pergi.... Then, kteorang sambung ar belajar... Pas tu, Siti datang balik, kata dia ada program  kat bilik utiliti.. Cikgu tanya dah bagitau dia ke belum? Siti kata belum,,, terpaksalah dia pergi sekali lagi... Pas tu, tak jumpa Dania,, Siti masuk kelas balik.. Then, Siti kata tak jumpa dia kat bawah... Cikgu cadang cari dia kat atas.. So, Siti kena lah keluar lagi cari Dania & bagitau bengkel mana kteorang pergi... Tergelak-gelak kteorang tengok Siti keluar masuk- keluar masuk...

Lepas tu, kteorang gi rehat.. Lepas rehat, kte tengok senarai nama kelab/ persatuan, permainan, unit beruniform & rumah sukan.

Rumah Sukan: Express/ Kuning
Unit Beruniform: PBSM
Permainan: Bola Keranjang
Kelab/ Persatuan: Kelab Kebudayaan

& untuk pengetahuan semua, Kte SEORANG SAHAJA yang MASUK KELAB KEBUDAYAAN dalam kelas 2 KEREK! Aduyai! Boleh lak tiba-tiba kte masuk sorang-sorang je.. Tapi nasib ada Inss... Ada kawan...

Then, pukul 12.30 tengah hari,, ada Mesyuarat Agung Rumah Sukan... Pergi dewan... Pemilihan jawatan.. And yang best nya pasal sorakan.. Rumah Merah sorak, Rumah Kuning boo! Rumah Kuning sorak, Rumah Merah boo! Rumah Kuning sorak macam nie...:

" Sape Express?! Kuning! Sape Kuning?! Express! Go Express Go Express Go Express Goooooo Expreeeeeesssss!!!!"

Hafiz pakai Cermin Mata

Woah!! Hafiz pakai CERMIN MATA!!! HENSEM TU!!! Tak caya? Tengok lah hari Isnin nanti..! Percayalah! Memang hensem..! Actually,, cerita nya begini..

Seminggu yang lepas, Hafiz decide nak pakai cermin mata... Setelah kte kata hensem kalau dia pakai cermin mata... Then, kteorang pun pergilah tempah cermin mata kat Alamanda... Mak kte pun tumpang sekali tempah cermin mata.. Tapi untuk membaca jelah...

And today, kteorang gi Alamanda untuk ambil cermin mata tu.. Memang hensem ar Hafiz pakai... Tapi nampak pelik ar pulak.. Sebab dah selalu tengok Hafiz tanpa cermin mata... And suddenly dia pakai cermin mata.. Memang pelik...

Anyway,, tengoklah Hafiz hari Isnin nanti... Dia dah pakai cermin mata~  ^.^

Sivik

Assaalaaamuaaalaaikuuumm!!!  Ohaiyo!

Well,, today story...  Macam yang Allya katakan dalam blog dia, nothing crazy happen today.. But,, perkara memalukan terjadi hari nie.. Pergh!! Memalukan betul! Masa sivik,, kteorang kena perkenalkan diri dengan cara lain dari yang lain... Kan selalunya, klu perkenalkan diri mesti lah bercakap formal contohnya:
"Nama saya Nur Nadiah. Lahir tahun ------ 1998.." and bla bla bla... Tapi tak,, kteorang kena buat cara yang lain seperti pantun, sajak, nyanyi, bercerita & macam-macam lagi...

Kte, Al, Lyana, Amy betul-betul tak tahu nak buat apa.. Blank gila... Then, kteorang suruh lah cikgu buat demo dulu... Cikgu perkenalkan diri dengan cara nyanyi, lagu Cinta Muka Buku... Then, Allya kena dulu.. Dia tak tahu nak buat,, kena lah diri kat depan sampai dapat... Kte kena gak perkenalkan diri dengan nyanyi, lagu Jingle Bell... PERGH!!! Memalukan!! So, minggu depan kteorang sambung... Nasib kte dah buat... Lyana pun buat gak.. Dia buat lagu rap.. Entah pape tah dia rap...

Lepas Sivik, English.. But nothing to tell... Lepas Eng, rehat.. Rehat, Agama, Sains.. Hah! Sains! Masa sains memang betul-betul pelik... Kte buat nota! Pelik tu! Sebelum nie, kte tak penah pun buat nota @ conteng benda yang ada kaitan dengan pelajaran dalam mana-mana kelas kecuali Geografi... Memang pelik... Tetiba je kte tulis nota dalam kelas Sains... Sebelum nie, punyalah malas nak tulis nota... Allya & Lyana pun tulis nota... Dia orang pun pelik...

' Jingle bell, jingle bell, jingle all the way.... Nama saya Nur Nadiah bt. Salehudin.. Hei! Saya lahir pada -------... Saya tinggal di ---------------... Hei! '


New Family In 2KRK !

I totally forgot about this new girl... Sorry Dania!! Sorry sangat-sangat!!! Sebagai tanda maaf,, I'll tell about this      new girl in this whole entry... Tak semua orang kte bercerita dalam satu entry penuh... Bertuah ko, Dania....

Anyway,, this girl baru pindah masuk SMK Cyberjaya. The girl's name is Farisa Dania. Dari Negeri Sembilan... Pindah sini sebab nak duduk ngan parents.. Sebelum nie,, duduk ngan grandparents.. Sebelum masuk Cyber,, dia dari asrama.. & lepas habis je semua hal-hal kelas,, kteorang pun tanya lah soalan biasa yang akan ditanya kepada pelajar baru pindah Cyber... Soalan tu adalah:

" Dari mana?"     " Kenapa pindah sini?"
Dua tu jelah yang soalan yang wajib ditanya... WAJIB YA! Apapun,,, back to the topic... She prefer to call her Dania.. & we call her Dania then... Dia nie pendiam... Kte tak tahu lah kalau dia nie memang jenis yang pendiam... Then, kteorang pun sambut dia dengan cara kteorang... Iaitu sambut dia dengan kebisingan & lawak bodoh.... HAHAHA!!! Nielah perangai kteorang yang tersangatlah bising... Sabar jelah ye...

Oh ya! Kte pun ada baca blog dia nie... Terharu betul... Terima kasih sangat-sangat lah sebab puji kteorang ya.... Kteorang memang sporting... Terlebih sporting pun ada... & silalah kekalkan lah sikap paling bising tu ye... Sikap yang tu memang kena ada dalam pelajar 2KRK nie ya.. So, silalah kekalkan...

Ops! Lupa lak nak cakap..

"WELCOME TO 2KEREK!!"  ^.^

First Day At School

Hari nie kte datang sekolah awal gila! Pukul 7.01 pagi kte dah sampai. Awal kan? Maklum lah hari pertama sekolah kan..? Kenalah tunjuk perangai yang baik. Sampai sekolah terus pergi kantin, tunggu orang kat sana. Hafiz ( my bro ) ikut kte juga pergi kantin. Al-maklumlah, tahun nie dia Form 1. Sampai kat kantin, tengok-tengok kte first yang sampai. Haih,,, inilah bestnya datang awal... Orang pertama datang dulu.. Dalam pukul 7.05 kte nampak Ainur & Diyana. Then, beberapa minit kemudian, Allya, Aiza & Lyana sampai... Hysterical betul masa tu.. Macam tak jumpa 10 tahun lagaknya... Hahaha!

Then, kteorang masuk dewan.. Perhimpunan rasmi.. Cikgu bagi laporan/pengumuman...Bla bla bla.... Oh ya! Tahun nie ada penambahan kelas bagi Form 1. So, ada 5 kelas ar.. 1KRK, 1C1, 1C2, 1C3, 1C4...  Pastu, kteorang pergi masuk kelas... 1st & 2nd waktu kteorang macam biasalah.. Bising..! Borak sana, borak sini.. Biasalah dah lama tak jumpa... Then, Cikgu Aniza Abdullah masuk memaklumkan pada kteorang yang beliau akan mengajar mata pelajaran Sejarah.. Oklah tu.. Best gak cikgu nie...

Lepas Cikgu Aniza, Cikgu Premmalah ( Allya, kalau ko baca nie,, nielah ejaan yang betul bagi nama Cikgu Premmalah... ) Cikgu Prem guru kelas kteorang & ngajar kteorang matapelajaran Math... Ada pemilihan jawatan... Orang nya adalah orang-orang tahun lepas.. Fahmi & Lyana.. Yang lain tu malas kte nak buat detail... Entry yang lain kte bagitau nanti... Anyway, BM,,, Cikgu Siti Aminah yang ajar.. Ada homework lagi untuk 1st day sekolah.. Kena buat karangan keperihalan... Lepas tu,,, Cikgu/ Datin Hasmah ajar kteorang PJK... Then, Geo Cikgu Isma yang masuk... Patutnya Cikgu Hanimah,,, tapi disebabkan cikgu tengah dalam cuti... So, Cikgu Isma ar yang jadi guru sementara.. Tak de apa-apa pun,, kteorang belajar.. Borak je lebih...

Tu je lah untuk 1st day sekolah kot... Hafiz ada 2 hari orientasi je.. Jumaat dah kena masuk kelas... Hebat! Kteorang tahun lepas 3 hari orientasi.. Kurang 1 hari...

HAPPY NEW YEAR !!

YAY!! HAPPY NEW YEAR GUYS!!! Minta ampun, minta maaf atas kesalahan yang kte lakukan sepanjang tahun 2011... Dan kte dah ampunkan dah kesalahan yang korang buat kat kte... ( Ceh! kte rasa kesalahan kte lagi banyak dari korang..) Korang punya sambutan tahun baru macam mana? Meriah tak? Kte punya tak de lah semeriah mana... Biasa-biasa je.. Seperti tahun-tahun yang sebelum nie...  Anyway, Happy New Year!! I hope you all have a great year ahead!!





HAPPY
NEW
YEAR
!!!!

( EVIL LAUGH ) --> Revenge Is Sweet !

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!

REVENGE IS SWEEEEEEETT!!!!!!!!!!!!!

SERVE YOU RIGHT, AINUR!!!!!!!!!!

Knowing me by my blood type ....

Well, I got this from Allya. My blood is A+. Before that, this is just for fun ok? It is your choice weather you want to believe it or not...

Type A Blood are calm( I suppose so ), composed, levelheaded, ( Mean? ) and very serious. They have a firm character, and are reliable, trustworthy ( To all my friends who read this, I'm a trustworthy! So, if you have a secret that you want to tell, you can tell me..) and hardheaded. They are shy, introverted perfectionists. They are considerate to others ( Tersangatlah bertimbang rasa..! Ceh! ) and don’t easily lie ( I don't now if this true). They are loyal to friends and coworkers ( It's true ) They can be secretive, though, and don’t often share their feelings. They try to suppress their own emotions ( Maybe..), and because they have continual practice in doing this, they appear strong ( I'm always appear strong.), when, in actuality, they have a fragile, nervous side, as well. They tend to be hard on people who are not of the same type, ( Kte tak berapa faham tentang nie..) and consequently, tend to be surrounded with people of the same temperament. ( Nie pun tak berapa faham..) They also don’t hold their liquor well. Type A’s are the most artistic of the groups. ( Maksudnya? ) They can be shy, cautious, conscientious, reliable, trustworthy, and sensitive ( This all are true) They can also be overcautious, picky, arrogant, and reckless when drunk ( wait?! when I drunk? That will never happen!! )

For those who don't understand this,, this is the translation..

Jenis Darah A bertenang, levelheaded , dan amat serius. Mereka mempunyai satu ciri kukuh , dan boleh dipercayai, boleh dipercayai , dan hardheaded. Mereka ialah malu, pentingkan kesempurnaan introvert. Mereka bertimbang rasa kepada orang lain dan tidak dengan mudah berbohong. Mereka setia untuk rakan-rakan dan rakan sejawatan. Mereka boleh jadi suka berahsia, walaupun , dan tidak sering berkongsi perasaan mereka. Mereka cuba memeras emosi-emosi mereka sendiri , dan kerana mereka mempunyai amalan abadi dalam melakukan ini, mereka nampak kuat, apabila sebenarnya, mereka mempunyai satu sebelah gementar yang rapuh , juga. Mereka cenderung bersikap keras ke atas rakyat yang bukan jenis yang sama , dan seterusnya, cenderung bersikap mengelilingi dengan orang pembawaan sama. Mereka juga jangan mengadakan minuman keras mereka baik. Jenis A ialah paling artistik kumpulan-kumpulan. Mereka boleh jadi malu, berhati-hati, teliti, boleh dipercayai, boleh dipercayai , dan sensitif.Mereka boleh jadi terlebih berhati-hati, cerewet, sombong , dan melulu bila mabuk.


Almost of them are true about my personality.... But then, your choice to believe it or not... And it just for fun...

MALAYSIA MENANG !!

WOOHOOOO!!!! Malaysia MENANG!!!  Malaysia menang 5... Indonesia 4... So,, resultnya: 5-4...  Mula-mula seri 1-1.. Malaysia dapat menang pun sebab kebanyakkan gol daripada penalti.. Actually,, kte tak tahu nak cerita kan macam mana.. Tapi, sekurang-kurangnya kte bagitau siapa menang & kalah.. & keputusannya...             Wohooo!! Malaysia menang!!!

Result UPSR

Hari nie hari result UPSR keluar. Jangan salah sangka ya.. Bukan kte yang ambil UPSR tapi ADIK kte... Ok..! Dalam pukul 10.10 pagi tadi, mak kte pergi SK untuk tahu keputusan UPSR.. Ingat nak pergi tengok gak, tapi tukar fikiran pulak... Hmm... Kte tanya lah adik kte apa perasan dia sebelum keputusan UPSR... Dia jawab: Gementar. Well, of course lah perasaan tu ada pada semua pelajar UPSR kan..? Tu jelah jawapan dia... Gementar..! Itupun dia tak nak jawab mula-mula... Apalah... Ok! Keputusan nya: 30 orang dapat 5 'A'! Wow! Beat kita orang tu beb! Tapi, kalau peratus menurun baik tak payah! Peratus memang tak boleh beat kita orang..! Tahun nie Daerah Sepang dapat no. 4, Kuala Langat dapat no. 1. Tahun lepas, tahun kita orang Daerah Sepang dapat no. 1.. Still, tahun nie memang tak dapat beat kita orang..! Yeay!! We still the WINNER!!! ( Ceh! Tak nak mengalah langsung! Hehehe! :P ) Apa-apa pun, adik kte dapat 2B 3C.. Ok lah tu daripada dapat gagal kan..? You want to know what..? The whole class 6C dapat 5'A'! Ok! They beat us! * Feel LITTLE BIT disappointed.. JUST LITTLE BIT... Cause they beat us! Tell me who doesn't get disappointed about this... Well, anyway, CONGRATS TO ALL WHO GOT 5A!!!! And who got 'A' too but not straight 'A'

PS: Yang warna kuning tu fakta tau!

Bosan dekat Surau -,-

Haih! Nie Lyana punya pasal!!! Suruh temankan dia dari pagi sampai lah nak ambil duit RM100..! Oklah.. Mesti korang tak faham apa yang kte cakap kan nie, kan? Kisah nya begini..

Semalam, ada lah seorang makhluk Allah, seorang gadis, seorang pelajar, seorang anak yang bernama Lyana Syaheerah binti Abdul Syukor call kte... Dia call dalam pukul 10 malam semalam.. Dia tanya kte pergi sekolah tak hari nie & dia buat SATU PERMINTAAN. Permintaan dia adalah temankan dia dari pagi iaitu kte datang sekolah sama dengan adik kte datang sekolah.. Then, kte pun cakap ok. Well, actually, sebelum kte cakap ok,  teragak-agak jugalah nak cakap ok. Tapi, disebabkan kte ni baik,, kte pun cakaplah ok.. ( Ceh! Perasan betul..! :P )

So, hari nie kte pun datanglah sekolah. Kte datang awal sebelum Lyana datang. Dia datang, borak-borak sikit depan surau. Tiba-tiba, Aizzawati datang kat surau. Tak sangka pulak dia datang awal. Then, kita orang bertiga masuklah surau sementara menunggu pukul 12. Pergh!! Bosan tahap gaban, tahap dewa!!! Kte nampak Lyana dah tidur. My, my, my... Mood kte tengah jahat masa tu.. Then, apalagi kte pun kacaulah dia... Kte lompat-lompat berdekatan dengan dia. Hahah! Dia bangun!! Memang jahat kacau masa dia tengah tidur. So, I skip what happens next. Rehat, buli dia orang dengan suruh dia orang belikan makanan, makan, baca buku dalam surau, tunggu Ainur, & so on...Then, kita orang ambil duit kat pejabat. Pergi beli air kat kantin SK, lepak jap kat koridor kantin, tunggu Allya, pergi melawat cikgu kat pejabat, borak-borak dengan cikgu & balik.

Jadi, conclusion nya: Kte menyesal pergi temankan Lyana Syaheerah dari pagi kat surau!! Bosan tahap dewa!!! Kte tulis sesuatu kat status FB kte tentang hari nie:N * Pergh!! Bosan tahap dewa tunggu kat surau!! Nie Lyana punya pasal!!!* Korang nak tahu apa dia komen..? Dia komen: * Ala, bukan selalu.*  BUKAN SELALU?! Serik kte teman dia!!!

Pengalaman Baru

Hari nie memang best ar!! Dapat pengalaman baru...!! WOHOO!!! Semalam, kte & keluarga pergi kenduri kahwin.. Then, lepas kenduri kahwin tu,,, ayah kte nak pergi kelong kat Lukut, Negeri Sembilan.. Ayah kte tanya nak ikut tak? Kte katalah ke nak ikut.. For your information,, kelong tu macam rumah nelayanlah.. Rumah kayu.. Tempat nya kat tengah laut.... Kena sebanyak RM60 seorang, so, ayah & mak kte kena bayar sebanyak RM180 untuk tiga orang = mak kte, kte & adik kte... Lepas tu, kita orang bersiap-siap untuk gi kelong... Kita orang bawa pakaian, tuala, berus gigi & macam-macam lagi lah... Kita orang bertolak pukul 3. Sampai kat Lukut, kita orang sesat nak masuk kat kelong... Kita orang sesat sampai kat Jabatan PD.. Hahaha! Rupanya kita orang dah terlepas.. Kita orang naik bot dari Ma-Mod kelong untuk ke kelong yang sebenarnya... Then, bermula lah petang hari Ahad di kelong yang berada di tengah laut.. Memang cantik ar pemandangan kat situ.. Kte malas nak cerita secara detaillah...

So, hari nie,, kte terbangun pukul 5 lak... Tiba-tiba lak boleh bangun awal.. Ya Allah!! Betapa sejuk nya kat kelong tu!!! Sejuk gila!!! Mengigil satu badan..! Tak tahan betul sejuknya..! Kalah air-cond! Air- cond pun tak sesejuk berada di kelong... Inilah dikatakan 'Sejuk Semula jadi'... Pergh! Betul-betul tak leh tahan sejuknya..!!! Then, dalam kul 5.15 pagi,, minyak generator habis pulak... Tidurlah kte dalam gelap... Lepas tu pukul 5.30, hand phone adik kte berbunyi lak.. Nak tahu lagu apa dia pasang untuk alarm dia? Lagu Aspalela! PUKUL 5.30 PAGI LAGU ASPALELA?! Lepas tu, kte tidur sekejap... Terlelap pulak... Dalam pukul 7.30 kot,, kte tak pasti pukul berapa kte bangun... Tengok pemandangan pada waktu pagi,, tengok gelagat pemancing yang ada... Then,, ayah kte pergi memetik ikan bilis kat jala untuk bawa balik .. Memetik ya... Then, bot datang,,, balik... Tu je.. Anyway,, tu lah pengalaman baru kte kat kelong.. Tak tahu lag kte nak pergi lagi ke tak... Ikut mood...

Im Freeee !

Hari nie hari jumaat.. Seperti biasa ada Yassin.. Lepas Yassin, ada pengumuman.. Pas tu, naik atas... Pergi 1C1, untuk PJK..Borak-borak kacau orang...  Bunyi loceng.. Pergi balik ke kelas... Time Cikgu Yati, BM... Time Cikgu Yati memang kte suka! Happening kelas.... Cikgu Yati buat game... Nama game tu: 'Sila teka'... Permainannya macam nie: cikgu pilih orang, pas tu, cikgu bisik apa benda nak kena buat.. Then, kte orang kena lakonkan tanpa sebut apa benda cikgu bisikkan...  Siapa dapat teka, akan dapat hadiah..

1. Daniel: Buat macam dia kendong bayi. Athirah jawab: Anak emas
2. Kte: Tunjuk replika batu pada projek Geo & meloncat: Aiza & Syahrizan jawab: Batu loncatan: Main O SOM, Syahrizan menang
3. Athirah: Dia tak buat apa-apa pun.. Cikgu yang tolong buat.. Cikgu tunjuk gaya sambut bayi yang nak lahir.. Aiza ke siapa entah, jawab: Bidan terjun
4. Syahrizan: Dia tunjuk air & mata.. Kte jawab: Mata air

Alamak! Kte tak ingat siapa lagi..!

Then, cikgu suruh teka cikgu mana yang akan dilakonkan oleh orang lain.. Syok lah jugak.. Yang paling kte suka masa cikgu tunjuk gaya Puan Ng. Hahaha! Memang kelakar..!

Exam hari nie; PS: Kte buat no. 6.. Corak bertemakan rama-rama untuk pembalut hadiah @ beg hadiah..

Did I mention that I'm free now?   NO?
Ok I'm telling you now that...
I'M FREEEEEE!!!!!!

Exam Kelima :)

MT 1: Hmm... Yang nie senanglah jugak... Ramai jugaklah yang kata senang... Masa nie memang kte ingat paper 2 punya mesti susah... Mesti ar..!

PS: Pergh! Yang nie memang susah! Banyak yang kte main hentam, main tembak...! Susah sangat beb! Memanglah susah kan... Sebab kte tak baca buku... Kuang kuang kuang..!!!

MT: Hmmm... Boleh tahan lah jugak... Mula-mula memang kte ingat susah.. Tapi, boleh tahan.. Oklah tu.. Daripada dapat yang susah kan?

OK! Sekarang kte nak cerita pasal apa yang terjadi lepas sekolah... Hari nie kte ada jamuan.. 2 jamuan.. Satu kat sekolah rendah, satu lagi kat kat luar tapi jamuan PSS ( Pusat Sumber Sekolah)...
Lepas exam,, kte terus gi  sekolah rendah... Semua orang malu-malu...  HAHAHA!! Datang je,, Cikgu Syarifah & Cikgu Nor Azimah sambut kte orang.. Pergh! Macam VIP! hahaha!! Tapi, memang betul...Memang kte orang VIP...Siap ada meja jemputan sekali... XD  Kte orang makan sate..! Satu meja makan sate.. Lawak..! Tapi, yang ta bestnya..! KUAH SATE DIA MASIN GILA!! pergh! Memang hebat ar..! Nak kte orang ada darah tinggi ke?! Then, masa kte, Amy, Aisyah, nak hampir balik, tiba-tiba ada penyampaian hadiah untuk bekas tahun 6 yang dapat 5 'A'... Malu ar gak.. Semua dapat mug,, agaknya lah...
Then, kte tiga orang pun blik..EH! Belum balik lagi... Jap lagi kte cerita... Kte katalah kat Amy ngan Aisyah yang kte orang ni macam Cinderella yang lari dari majlis..

Ok! Jamuan PSS pulak... Hmm... Memang tersangat-sangatlah hebat... Kte ngan Amy sempat sembahyang.... Then, kte, Amy, Aisyah, Ainur, Mazlin & Zakiah gi tukar baju kat dalam surau.. Hebat kan? Then, kte lak dapat gelaran 'AUNTIE' dari Aisyah.. Amy lak kata kte ni 'NENEK'... Haih.. Macam-macam.. Kteorang naik kereta Cikgu Hazrimah, Kereta SATAREX! (Lebih kurang lah ejaan dia) Kte orang makan kat 'Restoran Nyonya Valley' Lambat kte orang makan.. Tunggu orang, ada ucapan... Then, baru kte orang makan... Lepas makan, ada cabutan bertuah. Pas tu, kuiz teka teki.. Kelam kabut kte orang cari jawapan.. Then, ada pasang puzzle.. Nie pun kecoh.. Lepas tu, ada cabutan bertuah.. Kte ingat kte tak dapat, tapi DAPAT! Kte dapat FRAME.. Oh! Lupa lak, kte pun dapat door gift: kalkulator & pen...

Exam Keempat :)

Exam hari nie memang betul-betul mencabar otak..! Susah ke benor...! Memang hebat ar exam hari nie... Lagi-lagi Agama..

Agama: Kte buat soalan no. 2.. Tu pun kte rasa tu yang senang diantara 2 soalan tu.. Ramai yang buat no. 1... Reason kte ambik no. 2: Kte tak ingat erti kalimah yang bergaris kat soalan no. 1... Agama nie memang susah sangat ar diantara 3-3 exam hari nie...

Sains 1: Nie tak berapa susah tak berapa senang... Middle..

Sains 2: Yang nie sama je macam Agama nya exam... Susah..! Tapi lebih senang SIKIT je dari Agama..Sikit je... Memang ramai gak ar kata susah...

Exam Ketiga :)

Alhamdulillah...! Hari nie punya exam boleh tahan lah... Lancar jugak lah kte jawab soalan periksa...

PSK: Fuyooo! Senang sangat exam psk nie...! Tapi, tak taulah kalau boleh dapat 'A'.. hehe... Tak payah baca buku pun boleh jawab semua..! Well,, actually adalah 2-3 soalan yang merumitkan....

BI 1: Boleh tahan lah soalan nya.. adalah certain soalan yang memeningkan kepala...

BI 2: Nie pun boleh tahan lah jugak... Banyak jugaklah idea yang keluar.... Tapi kan, Cikgu Suriana memang betullah... Sebab cikgu suruh baca themes & moral values... Cikgu kata diantara dua tu akan masuk dalam exam... Then, memang betul-betul keluar..! Yang moral values tu punyalah... Alhamdulilah kte boleh jawab sebab kte dah baca sebelum tu..

Geografi: Yang nie memang sangat-sangat boleh tahan...! Tak de lah susah mana... Tapi, adalah juga yang buat kepala jadi pening... Tapi, kenapa ek ramai kata geografi susah? Pelik..

Exam Kedua :)

Hmm.. Hari nie punya exam.. Pergh!! Memang hebat ar..! Tak jangka langsung soalan dia boleh tahan SUSAH..! Lagi-lagi SEJARAH.... Hebat betul!

BM 2: Boleh tahan susah lah jugak... Tapi, still dapat buat yang terbaik...

BM 1: Yang nie pun boleh tahan jugaklah... Nie je yang kte boleh komen pasal exam nie...

SEJARAH: PERGH! Yang nie betul-betul susah punyalah!! Main taram je semua..! Tapi, bukan semualah... Yang tau tu, jawab apa yang taulah... Tak de lah semua... Semua orang kata sejarah susah...! Aiman dia boleh kata senang je... Erm.. yelah tu senang... Belum tentu dapat 'A'.. Kte pun belum tentu dapat 'A'..


Harap-harap exam yang esok-esok punya boleh lah kte jawab dengan senang hati... Amin....

Exam Pertama :)

FUUUHHH!!!!! Lega sikit hari nie..Sikit je.. OK..Sekarang tak payah nak risau pasal exam PJK & KHB... Dua kertas nie semuanya habis hari nie... Fuuuhhh! Lega...! Klah... Hari nie nak cerita apa yek...? Cerita pasal exam hari nie lah.. ( Tajuk pun tajuk 'Exam hari nie'.. Mesti ar cerita pasal exam.. Ape ar kte nie..)

PJK:
Cikgu Hasmah datang je,, semua serbu cikgu tanya soalan apa yang masuk... Cikgu pula lupa lak nak gi ambil kertas exam.. Then,, cikgu ambil.. Dah ambil,, cikgu cakap soalan apa yang masuk.. Kecoh kelas jadinya.. Apa ar dia orang nie..! Tah pape tah..! Kecoh je..! Terutama nya Aiza.. Tah pape tah Aiza tu.. Kecoh sangat.. Exam start pukul 8.10 hingga 9.10.. Exam nie boleh tahan susah lah gak...

KHB:
Hmm.. Nie tak de apa yang special.. Cuma nya exam start pukul 10.20 hingga 11.50.. Boleh tahan lah soalan nya.. Senang lah jugak... Lebih senang dari soalan exam yang lepas...

Esok Exammm !

Takut..! Nervous..! Gementar...! Esok adalah first day of my Periksa Akhir Tahun..! URGH~! Takut nya..! Subjek pertama yang exam esok ialah PJK.. Then, KHB Teras Kemahiran & KHB Pilihan Kemahiran..
Takut!!

Sebenarnya, kte takutkan KHB tu je.. PJK tak berapa sangat... KHB dah lah banyak fakta yang kena hafal... PERGH! Memang best ar..! Cikgu sendiri kata baca KHB dari kulit ke kulit.. Pergh! Memang tak tidur malam lah jawab nya..( Ya ke tak tidur malam..? Merepek je..)

Well,, actually,, kte tak tahu nak taip apa lagi kat entry nie.. Tu je lah kot yang kte nak cakap dalam enrty nie...


P/S: Minggu depan cuti seminggu..! Yeah!! Tapi.. Ada tapi ya... Tapi,, kte kena belajar untuk exam yang lain... T_T

Hari Amal

Kisah hari Sabtu, 15 Oktober 2011

Hmm... Hari Sabtu.. Memang best gila ar..! Hari Sabtu adalah Hari Amal. Hari Amal bermakna kte, the whole family 1 KRK & beberapa orang dari kelas lain akan buat persembahan, 'Musical Drama'.. Dan betapa nervous nya kita orang hari tu... PERGH!! NERVOUS GILA!! Ramai orang pula tu..! Memang terbaik lah! Tapi, apapun kita orang dapat buat yang terbaik.. Dan mendapat feedback yang hebat ( hebat ke? boleh tahan lah..).. K-POP memang sentiasa dapat sambutan yang hangat..

Kisah hari Ahad, 16 Oktober 2011

Hari Ahad pula adalah hari lahir mak kte!  Happy Birthday, Mama!!! Kisah hari Ahad nie... Kte, adik kte & my mom pergi makan lunch kat Hotel Pan Pacific. Best ar gak..! Macam biasa kita orang gi airport tapi tak dapat naik buggy... Kita orang pergi airport beli surat khabar, coklat & tanya pasal broadband Celcom.. Then, kita orang patah balik pergi hotel... Hafiz seperti biasa akan minta spagheti cabonara... Kali nie dia makan 2 pinggan je.. Selalunya dia makan 3-4 pinggan spagheti cabonara dia tu.. Kali nie kita orang makan sikit je.. Selalu nya kita orang makan banyak sampai 2 petang.. Kali nie kita orang makan sampai pukul 1 petang je... Mungkin sebab kita orang dah banyak kali pergi sana kot.. Tu yang sikit je makan...

Kisah hari nie, hari Isnin, 17 Oktober 2011

Hmm... Hari nie tak de yang special... Cuma nya ramai lah yang malas nak belajar termasuklah kte... Hehehe... : P    Sebab dah lama tak belajar.. 3 minggu tak belajar sebab 'Musical Drama'.. Apa-apa pun, kita orang satu kelas tanya cikgu-cikgu yang mengajar kita orang

  " Ok tak persembahan kita orang, cikgu?"- kita orang tanya
  " Ok.. Boleh tahan." -cikgu jawab...

Then, kita orang dapat berita dari Teacher Suriana yang kita orang mungkin akan buat persembahan lagi untuk Hari Graduasi Jumaat nie nanti... Well,, MUNGKIN lah... MUNGKIN lah ya... Ramai yang setuju nak buat lagi.. Alasannya,, tak nak belajar... Hahaha!! Itulah perangai 1 KRK..! Hahahaha  XD  Lagipun,, ramai gak yang rindu nak buat lagi... Tapi, kte rasa tak dapat lah... Sebab Jumaat nie ada exam akhir tahun.. Tak best nya..!

Rehearsal

Fuuuh!! Penat!! Ok! Lepas nie, dah tak ada latihan untuk Hari Amal dah..! Hari nie adalah hari terakhir latihan..! Fuuh!! Lega sikit!! Eh!! Tak!! Mana ada lega lagi..! Belum boleh lega betul-betul..! Esok adalah persembahan yang betul-betul punya..! Tak boleh main-main lagi..!

Apa-apa pun.. Hari nie little bit kecoh...  Tak berapa teratur... Tak berapa ya.. Tak berapa.. Tadi masa dikir barat nak buat persembahan,, masa dia orang nak naik atas pentas boleh pulak ada yang jatuh... Kesian~ Hahaha  XD

Then, masa buat 'Musical Drama',,, kte boleh lak lupa nak pusing masa lagu Barakallah.. Allah! Malu gila lah masa tu!!! Dahlah tengah ramai orang masa tu...! Pergh! Memang malu gila!! Nasib Lyana sedarkan kte... Kalau tak.. Tak tahu lah nak cakap apa... Hmm... Sebenarnya,, kte tak tahu nak taip apa lagi sekarang nie... Cakap pasal persiapan esok lah...

Esok, kita orang kena datang sekolah dalam pukul 8 hingga 8.30.. Kte datang pukul 8.30... Kena pakai baju persembahan / baju kurung siap-siap dari rumah.. Mekap..? Pakai bedak, pakai lipstick je lah.. Hmmm... Nervous nya!!! Ramai orang datang..( Kot..) Cikgu cakap ada wartawan datang.. HUH! Tu lagi buat kte nervous..! Wartawan Kosmo @ Metro kot... Tak tahu lah...